Sunday, July 3, 2011

Kami Perlukan Kemudahan Asas Terutama Jalan Raya




Kampung Sebako masih lagi seperti saya masih kecil dahulu. Tiada bezanya antara dulu dan sekarang. Masa saya kecil dahulu saya suka mandi air sungai dan senang sahaja tangkap udang segar dengan tangan. Dulu air sungai bersih dan tidak kotor sebab tiada ladang. Dulu sungai airnya tidak berbau racun. Dulu air sungai boleh minum sekalipun warnanya hitam kemerahan. Tapi sekarang tidak boleh sebab sungai Sebako sudah beracun.

Sekalipun warna sungai masih sama tapi kandungannya tidak seperti dulu. Dulu saya balik kampung pakai bot yang tambangnya mencercah RM700 pergi balik tapi sekarang saya boleh pakai jalan darat sebab jalan belum tapi alternatif ada sebab ladang baik dengan kami dengan bina jalan ladang untuk kami ke kampung. Baik sungguh ladang sekalipun tanah kami kamu kebas tanpa notis dan tiada pampasan untuk kami. Kami masih bangga sebab bagi kami jalan. Kerajaan baik juga dia bagi tangki besar, balai raya,rumah bantuan untuk orang miskin. Tapi kerajaan tidak bina ke kampung yang kerajaan bina cuma jalan dalam kampung yang boleh menyebabkan air bertakung dan mungkin menyebabkan banjir. Ehhh lupa kampung saya tepi laut mana ada air bertakung sebab air boleh pasang surut.

Saya suka kerajaan sekalipun kerajaan sangat lambat bagi jalan, api dan air untuk kami. kami masih setia tidak pernah kami berpaling tadah. Bak kata orang kampung kita masih perlukan BN untuk meneruskan misi pembangunan sekali bertahun menunggu. Hari ini tadi saya jumpa kawan-kawan cakap pasal kampung. YB katanya mesti pandai kelentong dan menipu. Jika tidak mana boleh jadi yb jadi yb kami mesti pandai macam inilah. Pandai menipu dan kelentong rakyat.

Saya tidak tuduh apa-apa ini barang kali cuma persepsi. Tapi kata ini saya rasa benar sebab yb sebelum ini selalu kata api,air dan jalan ada sebelum hari raya tahun-tahun sebelum ini. Tapi apa yang diberitahu ini tidak pernah ditunai sampailah hari ini. Apakah yb kita tak tahu masalah Rakyat? Takkan yb tak perasan setiap kali pergi kampung sebako bahawa kampung tiada bekalan api, air dan kemudahan jalan. Takkan yb tak perasan ini semua adalah keperluan asas yang wajib setiap kerajaan bina bagi kemudahan rakyat.

Saya ada baca utusan yb kami Abdullah Saidul kata kita tolong orang pulau Bruit dengan sediakan mereka dana untuk mulakan bisnes. Saya sokong dan suka kerajaan tolong rakyat sebab ini memang tanggungjawab kerajaan. Saya sebenarnya lebih suka jika kerajaan batalkan niat ini dahulu sebab bantuan ini tidak akan memajukan kami selagi kami tiada kemudahan asas. Kerajaan perlu sediakan kemudahan asas terutama jalan raya. Ini kerana jika kami ada jalan kami boleh dan pasti akan terlibat dengan perniagaan. Saya ada lalu jalan simpang dari sibu ke Tanjung Manis dan Daro. Di simpang itu ada banyak orang iban berjual yang mereka berasal dari sungai Lepak bersebelahan. Mereka jual macam-macam ketam, ikan, kerang dan banyak lagi.Lihat bagusnya ada kemudahan asas. Rakyat yang miskin akan pasti dapat hidup dan mereka boleh berdangang dengan mudah sebab ada kemudahan jalan. Sekalipun tanpa bantuan kerajaan untuk mereka bisnes tapi mereka tetap boleh berniaga sebab ada kemudahan asas.

Kesimpulannya untuk kerajaan membantu warga N36. hanya pasti yang dapat bantu mereka ialah dengan memberi kemudahan asas jalan dan kemudahan yang lain. Saya yakin pulau Bruit pasti akan lebih maju dan rakyatnya pasti lebih akan hidup lebih selesa dan senang.

2 comments:

  1. Betol tu,saya sokong 110%... memang Sebako perlukan jaln, walaupun saya tidak menetap di Sebako,tetapi asal orang Sebako, setelah 30 tahun keluar dari Sebako pun Jalan, api, air masih belum ada...

    ReplyDelete
  2. kerajaan mesti bijak pilih yg mana lebih perlu diutamakan...jalanlah paling utama penghubung antara yang jauh dan memesra yg dekat dalam dekat..

    ReplyDelete

komen sendiri tanggung sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...