Friday, June 24, 2011

Jual Tanah Tanpa Status kepada Orang Asing



Jual tanah kepada orang luar semakin berleluasa di kampung Sebako. pihak kampungsebako.blogspot.com diberitahu setengah pihak menjual tanah dengan harga yang murah kepada mereka. Cuma apa yang pelik disini bagaimana penjualan ini berlaku seolah-olah tanah yang berstatus NCR ini tidak boleh dijual dengan bangsa lain melainkan kepada bumi putra. Dalam masa yang sama tanah ini tanpa surat.

Kegiatan menjual tanah kepada orang cina semakin menjadi tren sekalipun status tanah tidak boleh ditukar. Tapi apa tujuan pembeli-pembeli tanah ini di kampung sebako. Apa tujuan dan apa matlamat mereka dan niat mereka?

Semua pihak perlu melihat perkara ini dengan terang dan gunakan fikiran yang waras. Saya tidak tahu apa tujuan mereka membeli tanah ini.Sekiranya ada maklumat sila tinggalkan diruang komen.

4 comments:

  1. semua pihak perlu bijak...tanah yg kita miliki akan jadi hak org lain jika kita masih sanggup menjual tanah pada warga asing...apakah kita sanggup anak cucu kita jadi pelarian di bumi sendiri

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Dari segi perundangan, penjualan tanah ini tidak sah dan terdapat beberapa " case law " baru baru ini di Mahkamah Tinggi Kuching yg menyatakan tanah Iban NCR tak boleh dijual pada Bidayuh atau kaum lain yg bumiputera dan begitu juga sebaliknya. Apatah lagi dijual pada Cina yg bukan bumiputera. Tanah NCR ini tiada " grant " atau title dan ini bermakna jika kerajaan tidak mengiktiraf NCR itu jadi ini bermakna tiada NCR lah di situ. Dan ingat, oleh kerana tiada grant atau dokumen hakmilik maka dalam pejabat Tanah dan Survei, ini bermakna tiada nama nama individu di situ.

    Jangan nanti marah dengan kerajaan dan minta tolong dari YB YB sedangkan sekarangpun dah nak buat penjualan tak sah ini.

    Satu lagi, berhati hatilah bila org Menanau Sebako ini dikunjungi oleh orang asing. Mukah bakal menjadi pusat ekonomi yang sibuk, sudah ada minyak yg dijumpai di Balingian, jadi sekiranya minyak Balingian dimajukan maka Mukah akan jadi " centre point " Jadi simpan tanah kamu baik baik.

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. kepada warga sebako dan pulau bruit keseluruhan sila ambil perhatian. jangan sekali-kali berjual tanah. untuk makluman warga pulau bruit bahawa pulau kita ya memiliki simpanan minyak dan gas yang banyak. simpanan minyak ini sangat banyak dan semua akan rugi bila buat begini. satu lagi mungkin minyak ini akan dikeluarkan 2013 dan 2015.

    ReplyDelete
  4. malam hari nak tunggu 2013-2015...hingga kini habukpun tak da.....kalau betul-betul nya ada... constraction ...dah mula dah......

    ReplyDelete

komen sendiri tanggung sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...