Saturday, December 29, 2012

Kampung Sebako

Kampung Sebako... dalam kenangan dan mimpi

Tuesday, December 27, 2011

Berapa Pendapatan Sebulan Warga Sebako?


Kalau Rakyat di Kampung Sebako agak-agak berapa pendapatan nya ye???

Sunday, December 11, 2011

Cadangan Untuk Memajukan Kampung Sebako


Cadangan Untuk Memajukan Kampung Sebako

1. Pastikan pembinaan jalan terus ke kampung dari kampung Sedi disegerakan....memudahkan orang kampung keluar masuk kampung membawa hasil usaha mereka sekali gus hapuskan miskin tegar dalam kampung dan masalah-masalah lain...

2. Penyediaan paip untuk aliran air bersih...tak payah tunggu hujan dari langit untuk proleh air....

3. Menyediakan bekalan elektrik 24jam,,,, orang kampung dapat menikmati hidup yang sama dengan yb sekali tidak kaya tp mereka rasa juga nikmat kekayaan Sarawak.

4.. jika kerajaan tidak mampu dan lambat untuk menyediakan kemudahan ini semua... harap yb Abdullah mintalah tlg dengan kompeni kelapa sawit @ kompeni balak...mereka sudah kaut kakayaan kampung...takkan tak boleh kongsi kot...berapa je duit pakai bina ini semua berbanding hasil yg telah diprolehi selama ini...

Wednesday, December 7, 2011

Sunday, December 4, 2011

Kampung Ku Sebako




lama sudah tak titihkan tulisan di laman ini...baru malam ini ku cari ruang untuk menitihkan idea yang terbuku...kampung ku sebako...dengar beritanya masih seperti dulu tiada apa-apa perubahan...



ada berita gembira..dengarnya.. jalan dah dibina dalam kampung tapi malangnya jalannya setengah siap... mungkin tunggu PR13 baru sambung 1/3 lagi...lepas tu tinggalkan 1/3... PR14 baru sambung lagi...ini adat kita yang diberi kuasa... saya pernah ke kpg Kut tahun 1997,,, masa tu kpg ini dah ada bekalan air bersih...sekalipun warganya cuma 30buah rumah banding sebako ada 70-100 buah rumah... suasana kampung sunyi kurang penghuni sebab ramai dah berhijrah ke bandar, yg tinggal hanya warga tua... tunggu hari menanti hari...panggilan Ilahi....masa tu saya ada tgk kabel elektrik sisco ... cantik dan sudah 1 tahun siap...dah nampak berkarat...ada juga tiangnya yang hilang,,,,entah siapa jahat sgt nak curi harta kerajaan memerintah.... malang hanya tiangnya elektriknya belum ada...bila entahlah,,,? masa berkungjung ke Kut baru-baru ini...tgk jalan dah ada.. elektrik,,,??

tunggu...

dah ada tuan,,,,tapi hanya 12jam shj,,,,cantik dan menarik,,, syukur sgt dah ada bekalan elektrik 12jam,,,,bersyukurlah,,,,ya...bersyukur .... sebenar hakikatnya dah 54tahun dah diperintah kerajaan yg sama ... dah merdekapun,,, lamak dah,,,tapi malangnya sepatutnya tahun 2000 ... kita dah sepatutnya merasai bekalan api dan air 24jam,dan juga kemudahan jalan,... ini semua,,,,belum lagi dirasai oleh warga sebako....



sabar tuan,,,,dah sabar dah 54 tahun dah sabar,,,takkan nak tambah 5tahun lagi kot,,,

kesetiaan ibarat hang tuah dengan sultan Melaka... tidak pernah mahu... untuk menderhaka..,tp malangnya tuba juga yg diberi...

kemudahan jalan raya, api dan air sepatutnya dah siap sejak tahun 2000 lagi...tapi untuk mengekalkan survival ... maka ia tetap seperti dulu...sekarang dan mungkin selamanya...

Sunday, July 17, 2011

Warga Sebako Begitu Gembira Bergotong Royong

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Amalan gotong - royong amalan mulia. Sekalipun masjid Sebako sudah dibina sejak saya kecil-kecil lagi rasa dah 20tahun atau lebih. Tapi untuk Ramadhan yang semakin dekat hati mereka mula tertaut untuk membersihkan masjid. Moga usaha yang mulia ini dapat ganjaran yang besar dari Allah swt. Moga juga hati mereka ini tertaut untuk mendekati masjid.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...