Wednesday, July 6, 2011

Dulu dan Sekarang



Makan-makan ikan segar, udang segar, sotong segar, dan hasil laut yang segar. Semua hasil laut yang segar ini bakal dinikmati jika anda berkunjung ke kampung Sebako. Sekalipun kampung Sebako tanpa kemudahan asas tapi warga cukup sabar dan jarang sekali mereka mengeluh. Rasa bersyukur sentiasa di bibir mereka. Tidak pernah saya dengar mereka marah dengan kerajaan. Mereka terima seadanya keadaan ini.

Dengan cuaca yang panas dan bergelap di waktu malam bukan penghalang untuk warga Sebako meneruskan kehidupan. Pernah suatu ketika dahulu padi boleh ditanam di kampung Sebako. Setiap tahun kami makan beras baru. Beras baru dan lama tidak sama rasa. Beras baru rasanya sangat enak dan sangat nyaman untuk di makan. Tetapi kini semuanya tinggal kenangan. Padi sudah tidak dapat ditanam. Ini kerana binatang perosak yang dahulunya berada di hutan belantara kini ke laut. Semua hutan habis dikebas. Entah siapa yang punya angkara.

Nak duduk dihutan hutan habis ditarah. Kalau ada kayu yang kecilpun ditarah siapa buat keja tak tahu? Jika ada mereka yang tahu dan pihak berwajib tahu sila ambil perhatian dan tanggungjawab. Semasa berjalan menuju kampung ada juga saya sempat ambil mereka yang mengambil kayu dalam hutan pulau Bruit. Jika tuan mahu di mana lokasi ini jalan smop ke kilang kelapa sawit.

6 comments:

  1. usaha mesti ada antara pemimpin dan rakyat

    ReplyDelete
  2. buka mata dan hati

    ReplyDelete
  3. " Semua hutan habis dikebas.EntaH siapa yang punya engkara". My comment- Sudah terang lagi bersuluh!

    ReplyDelete
  4. alhamdullillah, pertamkali berkumandang d blog kpg sebako.saya sebenarnya anak jati,lahir dan bersekolah di sebako.kini tinggal dibandar dan bukan kemegahan buat saya.saya gembira dan suka mendengar kalau ada kemajuan dsebako.tapi tiap kali saya kesana, tak adapun kemajuan ketara yang saya nampak, mungkin mundur kebelakang itu adalah...kenapa saya kata begitu.......dulu,walaupun tak ada bekalan air bersih(sampai sekarangpun belum ada lagi) air sungai kita boleh gunakan untuk memasak dan untuk diminum,...sekarang,..dah tak boleh lagi..dah tercemar oleh pengusaha kelapa sawit dsebelah ulunya..racun rumpai yang mereka gunakan.kerajaan sepatutnya menydiakan bekalan air bersih(airpaip) terlebih dahulu sebelum membenarkan kebun sawit ini beroperasi......apakah itu dinamakan rakyat di dahulukan??????????kerajaan hanya mendahulukan rakyat semata-mata untuk mengutamakan pencampaian mereka.....ok setakat ini dulu....tahun 2012 saya akan kesebako lagi.INSYALLAH.

    ReplyDelete
  5. Kalau perpindahan beberapa kampong dikawasan ini menjadi kenyataan ke tanjung Manis akan jadi satu bala besar! Memang bunyinya hebat dan beberapa kemudahan infrastruktur akan dibuat tapi...kos sosial dan ekonomi akan jd satu mimpi ngeri! Apakah rakyat mejadi bahana korban para pengusahawan dan pemodal2 besar untuk memuaskan nafsu mereka ke atas Pulau Bruit ini? Anak2 kawasan Pulau Bruit dan persekitarannya yg dah berjaya di perantauan perlu memikir dan mencari penyelesaian isu ini.Jgn biar rakyat menderita!

    ReplyDelete
  6. Hmmm,.apa rasonalnya perkara itu mesti berlaku????apakah tsunami akan berlaku.. mengapa penduduk dpb mau dpindahkan...apa mutifnya...tak mungkin.....hanya pemempin yang gila sahaja yang akan berbuat sedemikian........kalau betulpun racangan itu.......jalan penyelesaiannya......UBAH KERAJAAN......ABU..let bn out.....

    ReplyDelete

komen sendiri tanggung sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...