Saturday, June 4, 2011

Warga Sebako Mengharapkan yb Abdullah Saidul

Salam...

Kampung Sebako adalah kampung yang paling mundur di pulau Bruit. Semua kemudahan yang ada di kampung Sebako tiada. Hanya ada balai raya dan jeti bot. Ini kat negara yang miskin pun ada. Keadaan ini sudah sekian lama berlaku. Apakah suasana begini akan berterusan sehing PR13? Sehingga sekarang tiada usaha dilakukan untuk memajukan kampung Sebako.

Sepanjang berada di kampung Sebako baru-baru ini tiada apa yang dibanggakan. Semuanya tiada. Semuanya mundur. Semuanya menyedihkan. Apalah daya kami sebagai warga Sebako. Semua hasil kami sudah dikaut oleh pihak berkuasa dari hutan tebal, pasir dilaut dan ladang kelapa sawit semuanya milik siapa? Milik kami adalah tanah tanpa gran. Mungkin suatu hari nanti kami dianggap setinggan atau sekarang sudahpun dianggap setinggan. Kami hanya diperlukan bila pilhanraya. Bila habis pilihanraya kami dibiarkan hidup susah dan terus miskin.

Kampung Sebako wujud sejak zaman Jepun lagi. Suatu ketika dahulu kampung ini kaya dengan ikan dan udang sama ada di laut dan di sungai. Semua hasil tangkapan cukup banyak. Tapi kini semua keindahan itu sudah tiada. Sejak wujudnya ladang orang kampung sukar untuk menanam padi dan tanaman yang lain. Ini kerana bila tanam sahaja kera dan binatang liar dihutan mula menyerang dan menghabiskan hasil tanaman sehingga tiada apa yang ditinggalkan. Binatang liar ini tiada rumah lagi. Meraka hidup sebelah rumah dengan orang kampung. Mereka juga tiada hati nak serang tanaman orang kampung, apa akan daya mereka semuanya hutan tempat berteduh sudah musnah. Saya masih ingat dulu masa kecil-kecil lotong dan kera bila tengok orang lari lintang pukang. Tapi kini buat tak tahu sahaja malah pandai mendekati dan meminta makanan. Malah ada rumah orang kampung yang dimasuki kera dan lotong yang mahu curi makanan.

Kini sungai kotor dan beracun. Sangat sukar untuk hidup dan warga Sebako hanya mengharapkan bantuan dari anak-anak yang bekerja di bandar. ini satu perkara biasa dan lali untuk didengari oleh semua pihak. Mungkin juga yb pun dah biasa dengar. Hidup warga Sebako kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Melihat kepada kemudahan yang disediakan oleh kerajaan di kampung Sebako. Kampung sebako tiada kemudahan jalan raya, bekalan elektik dan air. Adalah jalan ladang yang hanya sampai hujung kampung dan terpaksa berjalan kaki selama 30 minit untuk masuk kampung. Jalan laut ada juga tapi bukan kerajaan sediakan tapi pihak swasta sediakan dengan bayar tambang RM35 seorang.

Menurut rancangan kerajaan yang dapat maklumat dari warga Sebako jalan akan tetap dibina. Tapi lambat sebab tiada peruntukan untuk membina jalan atau selepas yb baru pegang. Saya hiran juga barget takkan tak pernah cukup atau mahu tunggu 2020 sahaja bina jalan. Jangan hanya kerana pilihanraya baru nak bertindak.

Saya dapat maklumat dari rakan-rakan dalam PBB. Sebenarnya semua kemudahan yang disediakan oleh kerajaan sudah ada. Ini sebenarnya terpulang kepada yb yang bertanggungjawab akan membina jalan dan kemudahan yang lain. Jika mereka mahu bina mereka akan buat. Jadi apakah pembangunan di sini dihalang oleh yb yang dilantik. Jika betul sangat malu kami memiliki yb seperti ini.

Kita selalu melaongkan bahawa orang bumi putra miskin dan tidak pandai untuk memajukan diri. Saya nak tanya kepda mereka yang bercakap begini siapa yang membiarkan orang bumi putra miskin dan terus meminta? Jika ikan nak buruk sudah tentu yang mula buruk itu mula dari kepalanya. Jika kami mundur dan miskin siapa puncanya? Bukan kepala yang puncanya? Kami melantik yb dan wakil-wakil rakyat hanya kami mahu mereka bekerja untuk kami. Apalah guna kami lantik yb jika yb itu tidak bekerja untuk kami. Jika mahukan kemajuan kepada warga bumi putra amnya dan khasnya warga Sebako pastikan kemudahan asas ada dan bagus. Jika mahu terus kami mundur jangan bina jalan, api dan air.


Kesimpulannya apa perlu yb dan mereka yang bertanggungjawab untuk laksanakan ialah

1. Segerakan pembinaan jalan.

2. Menyedia bekalan api dan air.

3. Selalu turun padang dan bertanya kepada orang kampung apa masalah mereka dan lihat sendiri apa yang mereka perlukan.

Kami sangat berharap yb baru kami tidak mengulangi kesilapan dan kealpaan yb Asfia. Kami sudah jemuh dan lenguh nak bercakap. Apalah ertinya bercakap banyak sekiranya satupun tidak terlaksana. Kami warga Sebako tidaklah anti dengan kerajaan malah akan terus menyokong kerajaan untuk sama-sama membangukan kampung Sebako. Malah bersedia memberi apa-apa pandangan untuk sama-sama membina N36 makmur, maju dan progresif bersama BN.

6 comments:

  1. saya cadangkan yb Abdullah Saidul lebih kerap turun padang ke kampung sebako.

    ReplyDelete
  2. saya cadangkan yb Abdullah Saidul selalu turun padang bola dan bermain bersama team SEBAKO FC

    ReplyDelete
  3. Bukan Sebako saja yang perlu perhatian malah seluruh Pulau Bruit. Adalah diharapkan agar YB Dolah memahami erti KEPERCAYAAN yang diberikan oleh RAKYAT. KEPERCAYAAN itulah AMANAH YANG PALING BERAT. Boleh turun padang, tapi jangan turun saja. Turun, selami,jiwai dan fikirkan cara membela rakyat yang meberi kepercayaan. Jangan ambil mudah saja. Jadilah seorang YB yang berbakti kepada rakyat. Fikir-fikirkan. Kenapa YB Dolah mahu jadi YB? Kalau alasan disuruh oleh orang lain maknanya YB perlu renung semula padah AMANAH yang diketepikan nanti. Ingat siksaan Allah swt kepada pemimpin yang membohongi rakyat.

    ReplyDelete
  4. I like dis post...

    ReplyDelete
  5. salam idilfitri kepada semua penduduk kpg sebako. Lama tak dengar berita. Saya bangga kerana ada blog yang memberi fokus kepada kpg sebako. Apa yang saya ketengahkan ialah agar blog ini mengutarakan pandangan ke arah membangunkan kpg sebako. Jangan lah harap sangat untuk memuatkan blog ini dengan isi kandungan blogger lain. saya mahu melihat agar blog ini menjadi pemangkin kepada usaha membangunkan kpg sebako. Muatkan cadangan, pandangan,keluhan dan harapan rakyat di kpg sebako.Dengan yang sedemikian, bila ada pembaca blog ini, mereka akan mereka pandangan dan teguran. Ambillah teguran itu untuk membina. kalau setakat hanya untuk memuatkan blog rasanya itu kesilapan. Apa yang saya cadangkan ialah agar kita ubah persepsi berblog. Biar blog ini mulakan dengan usaha yang berbeza demi untuk membanguinkan kpg. Pandangan, cadangan, keluhan, keperitan penduduk perlu dimuatkan dalam blog. Kalau dapat masukkan cadangan,pandangan, keluhan penduduk.
    Bagi diri saya sendiri, insya Allah akan saya bantu,bila saya membaca blog ini di masa yang akan datang. Keep update the blog.

    ReplyDelete
  6. idunlah melo tiap kali pilihanraya harap anik dengah lambang dasin...penyudah dun nasib masih gak mei terbela

    ReplyDelete

komen sendiri tanggung sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...