Thursday, June 2, 2011

Jom Makau Sebako








Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kampung Sebako mempunyai Challet yang boleh disewa untuk semua pelawat. Challet ini sangat cantik dan harga sangat berpatutan. selain tempat penginapan kampung Sebako juga mempunyai pantai yang sangat cantik.

Kehadiran pelancong ke sini masih peringkat sederhana.Ini mungkin disebabkan jalan ke kampung Sebako menggunakan jalan darat sangat teruk atau mungkin disebabkan tak tahu jalan. Sebenar jalan ke kampung sebako dari kampung sedi cuma 15 minit sahaja menggunakan jari kampung Sedi. Saya akan buat peta untuk memudahkan semua ke kampung Sebako.

Inap Desa Sebako mengalu-alukan kedatangan para pencinta alam yang ingin merasai suasana desa yang masih wujud di kepulauan Beruit. Daro, Mukah. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi Pengurus Inap Desa, Puan Salbiah binti Haji Dahari dan Encik Ahmad bin Haji Dahari di talian 019-827 8005 / 019-467 1063. Kedatangan dan kehadiran anda semua adalah menjadi kebangaan kami.

1 comment:

  1. Alhamdulillah kerana ada orang kampung sudah mula terbuka hati dan minda untuk meneroka bidang eco pelancongan. Saya memang menyokong usaha sebegini. Dari segi pemandangan chalet memang amat menarik.Bila dah ada pengunjung pastikan etika perniagaan itu dijaga. Usaha kita bukan saja untuk memperolehi laba tapi memasarkan kampung kita kepad pwersada dunia. Perlu juga hubungi pihak Kementerian Pelancongan Sarawak, Sarawak Tourism Center agar dapat dimasukkan ke dalam senarai bahawa di Sebako ada chalet, ada bumiputera mengambil cabaran kerajaan. Insya Allah sekiranya ada masa saya akan hubungi kawan saya dari Sebako agar dapat saya bantu memasarkan chalet Kpg sebako. Insya Allah.

    ReplyDelete

komen sendiri tanggung sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...