Sunday, June 19, 2011

Pantai Sebako yang Indah Pasti Anda Terpesona






Assalamualikum wbt...

Sekali lagi kita bersua di sini untuk cerita hal kampung Sebako. Ramai yang tak tahu kampung Sebako satu-satunya kampung yang berada di Pulau Bruit yang mempunyai pantai.
Kampung lain semuanya tidak berpantai. Di pulau Bruit yang mempunyai lebih 14 buah kampung yang kepadatan penduduk sekitar 10000 orang mampu menjana pendapatan untuk warganya melalui pelancungan.

Kampung Sebako sekalipun kecil dan hanya 60buah rumah dan penduduk sekitar 500 orang namun menambah pendapatan kerajaan melalui aktiviti pelancungan. Aktiviti pelancungan sangat bijak dan baik sebab tidak merosakkan alam dan menjadikan manusia sayang kepada alam.Laut yang cantik dan mempunyai hidupan ikan yang pelbagai jenis mampu menarik aktiviti memancing yang pasti tidak menghampakan buat kaki pancing.

Dengan keindahan alam dan pantai yang indah bersama deruan dan tiupan angin sepoi bahasa dari laut China Selatan serta bunyi ombak siupan menjadikan alam yang berdinding bata dan daun pelepah nipah jauh berbeza. Deruan ombak berderai sampai pantai yang landai dan indah menjadikan warna-warni pantai Sebako semakin menggamit jiwa setiap pengunjungnya.

Barangkali semua tertanya-tanya kenapa pantai Sebako begitu indah berbanding pantai yang lain sebab di pantai ini tersembunyi sesuatu yang hanya orang tertentu sahaja yang tahu. Penulis sendiri juga tidak tahu mungkin kalangan pembaca yang tahu jangan segan kongsi bersama di ruang komen.

Keindahan pantai Sebako tiada rahsia yang mahu disembunyikan. Tapi keindahan ini hanya untuk mereka yang pandai menilai bertapa anugrah alam ini perlu kita hargai bersama agar itu terus segar untuk dinikmati oleh generasi sekarang dan yang akan datang.

4 comments:

  1. saya suka pantai dan mahu berkunjung ke kampung sebako. ...terima kasih tuan blog

    ReplyDelete
  2. miz kpg sebako..laz g kpg sebako laz year...pa2 pon,pntai mmg cntek..sjok mta mmandang...^^

    ReplyDelete
  3. terima kasih dtg sini...jom lah labiklah agi k ke kampung sebako. warga sebako menanti kedatangan anda ke sini....

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Anak-anak sbaqko mesti bangun.........tiada siapa nakbantu anda?

    ReplyDelete

komen sendiri tanggung sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...