Thursday, May 26, 2011

Kampung Sebako Perlukan Jalan Segera
















Assalamualikum ...

Kampung Sebako sangat perlukan jalan. Semasa berada di sana baru-baru ini. Kampung ini sangat perlukan jalan. Jalan penghubung antara kampung Sedi dan dan Sebako. Jarak kedua kampung ini sangat dekat. Pihak berkuasa hanya perlukan 3km sahaja untuk membina jalan dari Sedi ke Sebako.

Kampung Sebako yang mempunyai penduduk sekitar 500 orang dan jumlah rumah dalam 70 buah rumah sangat memerlukan jalan untuk memudahkan banyak urusan. Jalan ladang yang menghubungkan kampung Sedi dan Sebako sangat bahaya dan boleh menyebabkan kerosakan kepada kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Kerajaan mesti segera menyediakan kemudahan ini. Memendang warga sebako begitu setia dengan kerajaan. Harapan mereka sangat tinggi sehingga mereka masih lagi bagi sokongan dengan BN pada pilihan raya ke-10 DUN Sarawak. Sangat sedih jika kerajaan tidak mahu atau melambatkan pembinaan jalan ke kampung Sebako ini akan menyebabkan kekecewaan mereka yang akan diterjemah melalui pilihan raya umum nanti.

Semasa masa di sana ada cakap-cakap akan menukar kepada pembangkakng jika kerajaan terus meminggirkan kampung Sebako. Generasi muda sudah mula muak dan marah. Kebanyakkan mereka akan mengundi pada pilihan raya umum nanti adalah golongan muda. Mereka sudah bersedia membuat perubahan jika kerajaan masih tidak mahu menyediakan kemudahan jalan terutamanya selain bekalan api dan air sebelum PR13.

Saya fikir pihak kerajaan perlu segera membina jalan dan kemudahan asas dengan segera di kampung sebako. Semasa melalui jalan dari Sebako ke Sedi menggunakan jalan ladang dari hujung kampung Sebako ke Sedi. saya bergerak dan lalu banyak jalan sehingga sampai di Sedi. Saya perhatikan ada jalan yang dibina yang menghubungkan Kampung Sedi ke simpang ke Feri dan Kampung Semop. Jalan yang sepatutnya dibina lurus dan tetapi dibina berbentuk U. Jalan sebegini sangat membazir wang rakyat. Lihat gambar rajah



Untuk pengetahuan semua hasil kampung Sebako yang sudah diprolehi oleh kerajaan ialah hasil pembalakan, pasir dilaut dan kelapa sawit. Semua hasil tersebut boleh digunakan untuk membangunkan kampung Sebako dengan kemudahan yang serba lengkap seperti jalan, api dan air. Dari semua kemudahan ini jalanlah yang paling penting.

5 comments:

  1. jalan akan dibina sebelum 2013

    ReplyDelete
  2. jalan kmpung sebako sepatutnya keraajaan segerakan. jangan ditangguh dan hanya kerana pilihan raya baru sibuk nak bina jalan.

    ReplyDelete
  3. kerajaan tak ada keuntungan jika membina jln raya ke kpg sebako..mereka mengutamakan pencapaian dari mendahulukan rakyat...hanya penduduk pb terutamanya kpg sebako tak fahan-faham tektek pemmempin kerjaan...undi bn 100% pulangannya zero(0)%...apa nama selogan rakyat di dahulukan.

    ReplyDelete
  4. Orang sebako perlu sangat jalan.....dari saya lahir dah berpuluh tahun....kerajaan kena cepatkan.

    ReplyDelete
  5. insyallah tahun ini raya saya dan keluarga akan ke sebako di samping nak menijau kemajuan dua tahu lepas tak sempaian nak ke sana...rindu memang rindu......almaklum kampung halaman.....kali ini nak cuba pakai darat...jalan kakipun tak apa......saya difahamkan jrayanya masih berpasir...inilah hasil kelembapan kerajaan BN dah 54 tahun merdeka..asyek nak menyebelih rakyat aje...dengan janji manis... kata dulang paku serpih...mengata pembangkang bukan main lebih...pooorahhh.

    ReplyDelete

komen sendiri tanggung sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...